Ini Cara & Syarat Memohon RM1,500 Bagi Anak Anda Melalui Program TAWAS

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan untuk anak, berita gembira untuk anda semua kerana Kerajaan Selangor melaksanakan Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Ia bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Syarat-Syarat Pendaftaran Termasuk Untuk Anak Luar Selangor

Terdapat tiga kategori syarat seperti di bawah:

Syarat I

Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia DAN
  2. Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor mulai 1 Januari 2008, DAN
  3. Belum mencapai usia 3 tahun DAN
  4. Sama ada:-
  5. Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor, ATAU
  6. Ibu atau bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974

Syarat II

Permohonan adalah terbuka kepada Anak yang dilahirkan di Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, DAN
2. Lahir di Negeri Selangor mulai 1 Januari 2008, DAN
3. Belum mencapai usia 3 tahun DAN
4. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN
5. Cop pengesahan Taraf mastautin. Cop boleh diambil dari :-

  • Ahli Parlimen Selangor
  • Pusat Khidmat DUN Selangor
  • Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  • Penghulu/Ketua Kampung
  • Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
  • Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Syarat III

1. Warganegara Malaysia, DAN
2. Lahir di luar Negeri Selangor , daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu
(Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau
bapa mulai 1hb Januari 2008 DAN
3. Belum mencapai usia 3 tahun DAN
4. ** Ibu atau bapa yang lahir di daerah negeri yang bersempadan dengan Selangor (Negeri Sembilan, Perak,
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Advertisement
Advertisement

*Anak lahir di sempadan Selangor iaitu Negeri Sembilan, DAN; Ibu/Bapa mestilah lahir di Negeri Sembilan (sama dengan anak yang ingin didaftarkan) serta perlulah menetap di Selangor yang beralamat di daerah sempadan yang sama (Negeri Sembilan) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya
daripada :-

  •  Penghulu/Ketua Kampung
  • Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
  • Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Manfaat

Ahli akan menerima manfaat berikut :-

  • Ahli akan menerima RM 1500 setelah mencapai umur 18 tahun
  • Ahli yang telah berdaftar dan telah meninggal dunia boleh menuntut khairat kematian sehingga RM 1500 sekiranya ahli tidak menerima lagi manfaat sebanyak RM1500.
  • Terdapat program yang akan dianjurkan bagi ahli yang telah mendaftar. Penjaga perlu sentiasa mengemaskini nombor telefon bimbit supaya tidak terlepas program seperti Program Bantuan Masuk Sekolah

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi TAWAS boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk ibu bapa yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon TAWAS (KLIK SINI).

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *