Ini Jumlah & Cara Tebus Program Baucar Bagi Golongan B40 Yang Merupakan Penerima BPR

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira untuk anda semua kerana Kerajaan Persekutuan melaksanakan Program Baucar Perlindungan Tenang.

Ia bertujuan untuk insurans kos rendah bernilai RM50 sebagai bantuan kewangan kepada golongan B40 untuk membeli produk Perlindungan Tenang – yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2021.

Program ini juga merangkumi produk-produk yang memenuhi kriteria seperti Mampu Milik, Mudah Diakses, Mudah Difahami dan Proses Tuntutan yang Mudah.

Berikut adalah maklumat terperinci bagi mereka yang layak dan ingin menebus baucar ini.

Syarat-Syarat Kelayakan

Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Terbuka kepada golongan B40;
  • Terbuka kepada semua penerima BPR;
  • Ditawarkan kepada penerima BPR kategori isi rumah terlebih dahulu bermula 30 September 2021, sebelum dibuka kepada penerima BPR di bawah kategori yang lain dalam masa terdekat.

Langkah-Langkah Untuk Menyemak Kelayakan

Semakan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web MyPTV (KLIK SINI)
  • Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
  • Klik butang “Cari”. Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya.

Jika tidak mahu melakukan secara online, anda mempunyai pilihan mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar syarikat insurans / pengendali takaful yang sah yang menawarkan produk Perlindungan Tenang untuk menyemak kelayakan anda.

Langkah-Langkah Untuk Menebus Baucar

Terdapat dua langkah untuk menebus baucar ini:

Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian (online): 

  • Layari laman web MyCoverage (KLIK SINI)
  • Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
  • Advertisement
    Advertisement
  • Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
  • Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (NRIC), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.

Penebusan dan pembelian di kaunter:

  • Menebus baucar dan menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawagan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful.
  • Teliti dan fahami maklumat asas serta manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda. Anda akan dibantu sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai produk Perlindungan Tenang tersebut.
  • Sekiranya anda ingin meneruskan pembelian, anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *