Syarat-syarat & cara memohon Bantuan Zakat RM500 secara ‘one-off’ dari LZS

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan Bantuan Zakat Selangor Peduli bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat C-19.

Kepada mereka yang layak, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 secara ‘one-off’ dari LZS.

Berikut adalah penerangan tentangnya: –

Syarat-syarat

  • Beragama Islam;
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR);
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil);
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah;
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (HadKifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.
  • Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
    • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
    • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
    • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Dalam masa sama, pemohon turut perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.
  • Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.
  • Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  • Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN
  • Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).
  • Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil : SURAT PERWAKILAN KUASA
  • Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).

Maklumat terperinci berkenaan pelaksanaan bantuan dan soalan-soalan lazim boleh dirujuk di laman rasmi LZS – DI SINI.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *