Cara memohon Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sehingga RM1,000 sebulan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan yang sedia dimohon oleh mereka yang layak dan memerlukan.

Ia termasuklah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang memberikan bantuan bulanan minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulanĀ  mengikut pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
  • Kadar bantuan maksimum RM1,000/keluarga sebulan.

Tujuan BKK

  1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya
    dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan
    kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Syarat-syarat Kelayakan BKK

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis
    Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga
    tamat menengah atas; ATAU
  • Advertisement
    Advertisement
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara Memohon BKK

Kepada yang ingin memohon BKK, ia boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon. Pemohon bagaimanapun, perlu membawa dokumen-dokumen sokongan ketika membuat permohonan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Dalam masa sama, setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Pelaksanaan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Borang permohonan dan maklumat terperinci berkenaan BKK boleh didapati – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *