BKM Fasa 4 telah masuk: Ini cara semak jumlah sebenar bayaran yang diluluskan kepada kita

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antara bantuan itu termasuklah sebuah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022 sebagai kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum itu.

BKM secara amnya merupakan bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Pihak Kerajaan juga telah menetapkan golongan B40 dan M40 layak menerima bantuan ini merangkumi:

Advertisement

Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Cara Semak Jumlah Bayaran BKM

BKM juga melibatkan bantuan tambahan sebanyak RM300 dan RM500 kepada mereka yang berkelayakan.

Advertisement

Oleh kerana itu, pembayaran BKM bagi setiap penerima adalah berbeza berdasarkan status isi rumah, warga emas atau bujang serta tangga pendapatan dan tanggungan.

Baca juga:

Bagi mengetahui dengan lebih tepat jumlah sebenar yang setiap penerima dapat, ia boleh disemak secara atas talian (online) di Portal Rasmi BKM dengan tatacara berikut:

  • Layari Portal Rasmi BKM;
  • Klik Log Masuk BKM;
  • Masukkan Nombor MyKad;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan kata laluan;
  • Klik Menu Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Lulus
    • Tidak Lulus
    • Maklumat Bayaran (Jika ada)

Kepada yang diluluskan, pembayaran BKM Fasa 4 akan mula dilaksanakan pada 15 November 2022 dengan kaedah-kaedah:

  • Ada Akaun Bank: Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan;
  • Tiada Akaun Bank/Akaun Bank Tidak Aktif: Penunaian di kaunter cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Bagi maklumat lengkap berkenaan BKM, sila teliti di Portal Rasminya – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *