Mulai hari ini (Selasa), bantuan BKP RM500 Dimasukkan Ke Dalam Akaun Individu Yang Layak
Berita gembira buat individu yang menerima BPR/BKC/GKP yang memerlukan bantuan kewangan, ini kerana kerajaan telah melaksanakan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan telah mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off mulai Selasa ini, 26 Oktober 2021.
Berikut adalah maklumat terperinci bantuan serta cara untuk melakukan semakan:
Syarat Kelayakan BKP
Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:
- Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan
- Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).
Cara Pembayaran
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank:
Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif. - Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.
Tarikh Rasmi Pembayaran
Pembayaran BKP akan dibuat mulai 26 Oktober 2021 secara berperingkat. Pemakluman pembayaran BKP juga akan dibuat melalui
khidmat pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
Cara Semakan
Semakan status BKP boleh dibuat di Portal Rasmi BKP (https://bkp.hasil.gov.my) mulai 26 Oktober 2021.