Bagi Belanjawan 2023 – pihak Kerajaan memperuntuk sebanyakRM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Merangkumi peruntukan-peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Bantuan RM200 & RM100
Salah satu bantuan yang penting sudah pastinya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi tahun 2023.
Pembayaran STR Fasa 1 telah pun dikreditkan pada bulan Januari lalu dengan kadar sebanyak RM300 kepada isi rumah dan RM100 kepada penerima kategori bujang.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi pembayaran Fasa 2, ia akan melibatkan kategori dan jumlah berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM200
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
Bujang 21 – 59 tahun
Bujang OKU 19 – 59 tahun
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat – pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat pada pertengahan Ramadan atau awal bulan April 2023.
Ia sekaligus akan dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023.
Bagi info yang lebih teliti tentang Belanjawan 2023 dan STR, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.