Selain BKP, ini bantuan lain sebanyak RM300 yang diberikan sehingga bulan Disember 2021
Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah mula disalurkan kepada yang layak bermula pada 26 Oktober secara berperingkat.
Secara asasnya, bantuan ini diberikan kepada mereka yang kehilangan pendapatan semasa berlakunya penyebaran pandemik sehingga memberi kesan besar terhadap ekonomi dunia.
Bagaimanapun, selain bantuan BKP – ada sebuah lagi bantuan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan. Bantuan itu adalah:
Bantuan PRIHATIN Kasih
PRIHATIN Kasih adalah sebuah bantuan makanan tanpa tunai di bawah pakej rangsangan PEMERKASA yang diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Yassin pada Mac lalu.
Objektif utama program bantuan ini adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan miskin dan golongan miskin bandar.
Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima elaun bulan sebanyak RM100 selama 3 bulan (RM300) yang disalurkan ke dalam MyKad masing-masing.
Elaun itu kemudiannya boleh digunakan bagi membeli barang keperluan dapur secara ‘tanpa tunai’ di premis-premis yang terlibat.
Penerima PRIHATIN Kasih
Dimaklumkan bahawa PRIHATIN Kasih tidak melibatkan sebarang permohonan, kerana penerima telah pun dikenal pasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR.
Penerima yang telah dikenalpasti juga akan menerima SMS dari pihak MyKasih yang memaklumkan mengenai status mereka – bersama tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Semakan kelayakan PRIHATIN Kasih juga boleh dibuat – DI SINI.
Tarikh Pembayaran
Pengkreditan PRIHATIN Kasih dibuat secara berperingkat mengikut wilayah/negeri di Malaysia. Pembayaran elaun untuk penerima di Selangor dan Kuala Lumpur telah pun dikreditkan pada bulan Julai hingga September lalu.
Manakala, bagi negeri-negeri lain, ia adalah seperti berikut:
Bagi maklumat lanjut dan terperinci berkenaan PRIHATIN Kasih, ia boleh dirujuk – DI SINI.