Bantuan Kerajaan RM600 telah dikreditkan ke akaun masing-masing: Senarai penuh penerima

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT: –

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT pada asasnya merupakan bantuan kewangan dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan pekebun kecil atau penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Kadar BMT adalah sebanyak RM800 dan akan disalurkan secara berperingkat kepada mereka yang layak dan diluluskan permohonannya.

Syarat-syarat Kelayakan

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Pembayaran BMT

Pembayaran BMT dibuat secara berperingkat selama empat bulan iaitu bermula pada bulan November 2023 sehingga Februari 2024.

Setiap bulan RM200 akan diberikan dengan jumlah keseluruhan RM800. Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan boleh dibuat – DI SINImanakala maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *