Bantuan Tunai RM100-RM500 Telah Mula Dikreditkan Ke Akaun Penerima Hari Ini (29/1/2024): Berikut Jumlah Bantuan & Syarat Kelayakan

Bulan Januari 2024 akan menutup tirainya. Pasti ramai tertanya-tanya, apakah bantuan yang akan disediakan oleh pihak kerajaan?

Bantuan bulanan mengikut fasa kepada penerima yang layak merupakan suatu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat. Ia akan memberi manfaat secara konsisten kepada golongan yang telah berjasa kepada negara atau negeri.

Pihak kerajaan tidak pernah melupakan insiatif begini. Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR adalah sebuah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dalam kalangan B40 dan M40 berkelayakan. Ia diberikan kepada kategori isi rumah, warga emas dan bujang.

Ia juga diberikan dengan tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Seperti mana semua sedia maklum, pemberian STR bagi tahun 2024 adalah sebanyak empat fasa.

STR Fasa 1

Bagi pembayaran STR Fasa 1 bagi tahun 2024 ini, berikut adalah maklumat kategori penerima dan kadar yang layak:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM500
  • Bilangan anak 3 – 4:
     RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM100
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM100

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM150

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan satu kenyataan baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembayaran STR Fasa 1 akan bermula Isnin ini (29/1/2024).

Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Pembayaran

Berkenaan kaedah pembayaran STR, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *