Bantuan tunai untuk B40 RM100 – RM350 dibayar setiap bulan: Syarat-syarat & cara buat permohonan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan RM100 – RM350

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan dan akan diberikan kepada golongan B40 berkelayakan.

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan serta kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bantuan ini adalah minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Cara Memohon

Bagi  yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Bantuan Am Persekutuan boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat.

Akan tetapi, permohonan hanya boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Advertisement
Advertisement

Hal ini bertepatan dengan syarat kelayakan Bantuan Am Persekutuan iaitu hanya layak kepada warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan.

Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, JKM juga ada memperkenalkan Bantuan Anak Pelihara sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Bantuan itu diberikan bagi membantu  kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Ia juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan-bantuan ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *