Bantuan STR Fasa 2 mula dibayar kepada penerima B40 & M40: Ini senarai bank yang telah dikreditkan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Bantuan-bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan dan diberikan berdasarkan pendapatan serta tanggungan setiap penerima khususnya dari kalangan B40 dan M40.

Antaranya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diteruskan di bawah Belanjawan 2024. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Untuk makluman, STR adalah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia dan merupakan kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya. Objektif utama STR adalah bagi membantu mereka yang memerlukan dari kalangan B40 dan M40 dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Denagn penyasaran semula subsidi, ia juga telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

STR diberikan kepada rakyat Malaysia yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Isi RumahKahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada PasanganBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • BujangBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

STR Fasa 2

Bagi pembayaran STR Fasa 1, ia telah pun dikreditkan kepaa yang layak pada bulan Januari lalu. Untuk pembayaran Fasa 2 pula, ia akan diberikan dengan kadar berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawahBilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawahJumlah STR Fasa 2: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawahJumlah STR: RM150

Pembayaran STR

Untuk pembayaran STR Fasa 2, ia telah mula diagihkan pada 03 April 2024, sama ada secara kredit terus ke akaun penerima. Bagi pengkreditan ke akaun, ia akan dilaksanakan secara beperingkat mengikut bank masing-masing.

Berdasarkan pelaksanaannya sebelum ini, bank terawal yang akan dikreditkan adalah Bank Simpanan Nasional (BSN). Selepas itu, diikuti oleh bank-bank lain seperti Maybank, CIMB Bank, Bank Rakyat, Agro Bank, Bank Islam dan sebagainya.

Manakala, bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, tuntutan tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN seluruh negara.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Selan itu, dimaklumankan bahawa permohonan STR dibuka sepanjang tahun dan boleh dikemukakan secara atas talian (online) atau manual (borang kertas):

  • Permohonan Secara Dalam Talian: Portal Rasmi STR, atau
    • Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit
  • Permohonan Melalui Borang Kertas: Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di: Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Bagi maklumat yang lebih teliti tentang STR, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *