Bantuan sehingga RM8,000 kepada yang layak: Syarat-syarat & cara menuntut Skim mySalam

Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan, dan ia termasuklah skim takaful perlindungan kesihatan percuma – mySalam.

Melalui mySalam, mereka yang layak boleh menerima beberapa manfaat, antaranya:

  • Bantuan tunai RM8,000 – Apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal (KLIK SINI, untuk senarai penyakit).
  • Bantuan RM50 sehingga RM700 – Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Syarat-syarat kelayakan

  • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):
    • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
    • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
    • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Cara membuat tuntutan

Tuntutan Penyakit Kritikal

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Advertisement
    Advertisement
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tuntutan Hospitalisasi

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • a) Salinan Nota Discaj
    • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tempoh proses tuntutan

Berdasarkan kenyataan di laman rasmi mySalam – anggaran masa pemprosesan kedua-dua tuntutan ini adalah selama sepuluh hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Bagaimanapun, tempoh itu akan mengambil masa lebih panjang sekiranya dokumen atau maklumat yang diterima tidak lengkap.

Info lanjut dan maklumat rasmi berkenaan mySalam boleh dirujuk – DI SINI.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *