Bantuan IKPP RM250 secara ‘one-off’: Mereka berpendapatan bawah RM5,000 boleh memohon

Pada ketika ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Bantuan-bantuan ini diberikan sebagai usaha meringankan beban mereka yang memerlukan atau sebagai penghargaan untuk perkara-perkara tertentu.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai IKPP.  Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan IKPP RM250 ‘one-off’

IKPP atau Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada pasangan pengantin baru di negeri itu. Pihak Kerajaan Negeri juga telah menaikkan kadar bantuan itu kepada RM250 berbanding RM200 sebelumnya.

Bantuan ini diberikan secara sekaligus atau ‘one-off’ kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan IKPP:

  • Terbuka untuk anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
  • Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN));
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat, permohonan IKPP boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dikemukakan.

Advertisement
Advertisement

Menurut laporan pada 2022, kadar kelahiran di Negeri Pahang pada paras yang sangat rendah dan usaha untuk meningkatkan jumlah penduduk di negeri itu sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Antaranya adalah dengan memperkenalkan IKPP ini sebagai usaha menarik golongan muda berkahwin.

“Langkah ini memberi manfaat kepada hampir 14,000 pasangan pengantin di negeri ini. IKPP yang diperkenalkan sejak 2020 adalah untuk menarik minat golongan belia berkahwin dan membantu meringankan bebanan pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga,” kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Maklumat terperinci berkenaan IKPP dan borang permohonan boleh dirujuk di Portal e-Munakahat Jabatan Agama Islam Pahang – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, Yayasan Pahang turut memperkenalkan Skim Pembiayaan Biasiswa kepada pelajar yang layak tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti pengajian Sekolah Rendah dan Menengah serta di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta.

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) sebagai contoh diperkenalkan sejak tahun 1998 dan ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Biasiswa ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Biasiswa ini ditawarkan oleh Yayasan Pahang selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Maklumat berkenaan biasiswa-biasiswa ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Yayasan Pahang – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *