Cara Memohon Rumah PPR Tahun 2024: Sewa bulanan RM160 hingga RM280
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Antaranya termasuklah bantuan berbentuk kediaman seperti Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan perumahan ini:-
Rumah PPR 2024
Untuk pengetahuan semua, Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah sebuah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2002 sehingga kini dengan 159 projek siap sepenuhnya.
Terdapat dua kategori rumah PPR iaitu PPR Dimiliki dan PPR Disewa. Konsep rumah PPR pula adalah seperti berikut:
- PPR kawasan bandar – bertingkat (Strata)
- PPR kawasan pinggir bandar – bertanah (landed)
Manakala, ciri-ciri rumah PPR adalah seperti dinyatakan di bawah:
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan rumah: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-syarat Kelayakan Rumah PPR
Bagi permohonan PPR, pemohon hendaklah menepati syarat-syarat berikut:
- Pemohon dan Pasangan Warganegara Malaysia;
- Belum pernah memiliki rumah;
- Pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan dan ke bawah;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Bujang layak memohon walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada isi rumah yang berkeluarga.
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan PPR Disewa boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN). Bagi senarai rumah PPR yang dibuka pula, ia boleh disemak di Portal TEDUH Jabatan Perumahan Negara (JPN).
Dalam masa sama, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara juga ada menawarkan inisiatif Rent-To-Own di bawah PPR seliaan KPKT mulai tahun 2022. Sehingga 31 Januari 2023, sebanyak 19 Projek PPR RTO telah siap di seluruh negara.
Skim ini ditawarkan kepada pemohon atau bakal pembeli rumah yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan bagi membiayai kos pembelian rumah. Kadar sewaan PPR RTO mulai RM225.00 sebulan untuk tempoh selama 20 tahun.
Untuk maklumat lanjut tentang PPR, ia boleh dirujuk di portal TEDUH – DI SINI.
Info Tambahan
Selain itu, terdapat juga program perumahan mampu milik yang dikenali sebagai PR1MA. Objektif utama program ni adalah:
- Merancang pembangunan kediaman dan fasiliti komuniti berintegrasi serta peningkatan kualiti hidup pemilik rumah.
- Membangunkan kediaman moden, selesa dan berkualiti tinggi.
- Menyediakan kediaman mampu milik bagi kumpulan berpendapatan pertengahan.
- Memelihara jenama PR1MA dengan standard pembangunan yang kukuh dan terkini, dan memantau pelaksanaan standard ini.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Harga rumah PR1MA yang ditetapkan adalah antara RM100,000 hingga RM400,000 sahaja. Syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon mesti warganegara Malaysia;
- Bujang atau berkahwin, berumur 21 tahun ke atas;
- Pendapatan isi rumah individu atau gabungan (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan (pendapatan kasar);
- Residensi PR1MA boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja.
Pendaftaran program ini boleh dibuat secara percuma di Portal Rasmi PR1MA, Setiap pasangan perlu mendaftar sekali secara bersama. Jika pemohon sudah berkahwin, sila lengkapkan butiran pasangan anda di dalam borang pendaftaran.
Dimaklumkan juga bahawa penjualan PR1MA Homes akan berjalan seperti biasa melalui Rakan Jualan yang dilantik dan proses pemilihan unit dapat dilakukan melalui aplikasi dan e-mel atau WhatsApp. Sila rujuk Halaman Rakan Jualan di Portal Rasmi PR1,MA untuk senarai lengkap Rakan Jualan yang telah dilantik.
Untuk maklumat lanjut tentang Rumah PR1MA, ia boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.