Bantuan Tunai Bantuan Am Persekutuan RM100-RM350 Dikreditkan Setiap Bulan. Berikut Cara Memohon
Bulan April telah pun membuka tirainya. Bulan April ini amat penting kerana individu dan keluarga telah selesai menyambut Aidilfitri dan bertemu sanak saudara. Sedar atau tidak, untuk bulan-bulan seterusnya, perbelanjaan harian diperlukan bagi sesetengah golongan yang memerlukan.
Oleh itu, kerajaan perseketuan/negeri sangat prihatin untuk mengkreditkan insentif atau bantuan secara bulanan kepada mereka yang memerlukannya. Diharapkan dengan bantuna-bantuan seperti ini dapat memberi manfaat kepada yang penerima. Berikut adalah maklumat penuh bantuan tersebut:
Bantuan Am Persekutuan RM100-RM350
Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti
Jumlah Bantuan Yang Dikreditkan
Bantuan tunai yang akan dikreditkan ke akaun penerima adalah seperti di bawah:
Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
Syarat Kelayakan Penerima
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima:
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
- PGK purata miskin Per Kapita Semasa
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain
Cara Memohon Bantuan
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak seperti di pautan berikut:
- Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Pejabat kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan
- Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pautan Untuk Memohon
Berikut merupakan pautan untuk memohon bantuan: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2018%20BORANG%20PERMOHONAN%20BANTUAN(4).pdf
Senarai Bantuan Lain Di JKM
Berikut adalah senarai bantuan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) kepada mereka yang memerlukan:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU);
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
- Bantuan Warga Emas (BWE);
- Bantuan Am Persekutuan (BA);
- Bantuan Anak Pelihara (BAP);
- Bantuan Latihan Perantis (BLP);
- Bantuan Geran Pelancaran (GP);
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
- Tabung Bantuan Segera (TBS).