Bantuan RM600 Dikerditkan Bulan Ini (Januari 2025): Ini Maklumat Lengkap Bantuan BWE 2025
Warga emas merupakan aset yang amat berharga dalam masyarakat kita. Mereka adalah generasi yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara, keluarga, dan komuniti. Namun, apabila usia semakin meningkat, golongan ini sering menghadapi pelbagai cabaran seperti masalah kesihatan, kewangan, serta kesunyian. Oleh itu, menjaga kebajikan warga emas bukan sahaja tanggungjawab individu, tetapi juga tanggungjawab bersama seluruh masyarakat.
Di Malaysia, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu warga emas menjalani kehidupan yang lebih baik. Program seperti Bantuan Warga Emas (BWE), pusat jagaan harian, dan kemudahan kesihatan percuma adalah antara usaha untuk memastikan golongan ini terus mendapat perhatian. Namun, keberkesanan inisiatif ini memerlukan sokongan penuh daripada ahli keluarga dan komuniti.
Selain bantuan kerajaan, pendekatan holistik perlu diambil untuk memenuhi keperluan warga emas. Ini termasuk memastikan mereka sentiasa aktif, terlibat dalam aktiviti sosial, serta mendapat penjagaan kesihatan yang berkualiti. Hubungan keluarga yang erat juga memainkan peranan penting dalam memberikan mereka sokongan emosi dan mengurangkan risiko kemurungan.
Berkenaan dengan Bantuan Warga Emas (BWE), berikut adalah maklumat lanjut tentangnya: –
Bantuan Warga Emas (BWE)
Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kebajikan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas atau BWE.
Bermula tahun 2025, kadar BWE telah dinaikkan kepada RM600 berbanding RM500 setiap bulan. Bantuan ini dinerikan kepada warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Ia juga bertujuan untuk meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan seharian dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
Cara Memohon
Bagi permohonan BWE, ia boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Setiap permohonan yang dibuat akan menjalani siasatan bagi penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Maklumat terperinci tentang Bantuan Warga Emas (BWE), boleh diteliti di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – DI SINI.
Info Tambahan
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bulanan di bawah JKM. Antaranya adalah Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) dengan kadar sebanyak RM450 sebulan seorang.
Elaun ini diberikan bagi menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Syarat-syarat kelayakan EPOKU adalah seperti berikut:
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah;
Selain itu, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja juga diperkenalkan dengan kadar sebanyak RM300 seorang sebulan. Bantuan ini bertujuan untuk membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.
Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja.
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
- Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
Bagi maklumat lanjut tentang bantuan-bantuan bulanan JKM, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.