Maklumat Penuh Bantuan Tunai BAP RM250-RM500 Yang Dikreditkan Setiap Bulan

Bulan April telah pun membuka tirainya. Bulan April ini amat penting kerana individu dan keluarga telah selesai menyambut Aidilfitri dan bertemu sanak saudara. Sedar atau tidak, untuk bulan-bulan seterusnya, perbelanjaan harian diperlukan bagi sesetengah golongan yang memerlukan.

Oleh itu, kerajaan perseketuan/negeri sangat prihatin untuk mengkreditkan insentif atau bantuan secara bulanan kepada mereka yang memerlukannya. Diharapkan dengan bantuna-bantuan seperti ini dapat memberi manfaat kepada yang penerima. Berikut adalah maklumat penuh bantuan tersebut:

Bantuan Tunai BAP RM250-RM500

Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Tujuan Bantuan BAP

BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri

Kadar Bantuan BAP

Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan BAP

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:

  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
  3. Advertisement
    Advertisement
  4. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:

  1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
  2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:

  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

Dokumen Yang Diperlukan

  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan atau
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *