Cara Mohon Program PRIHATIN Kasih: Semak Status Penerima RM100 Sebulan Selama 3 Bulan

Keluarga miskin bandar di seluruh negara bakal menerima bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Untuk makluman, Program PRIHATIN Kasih adalah inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang akan dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan oleh Yayasan Hasanah.

Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang amat teruk terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pelaksanaan program ini yang dijangka memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.

Mengenai Program PRIHATIN Kasih

Program PRIHATIN Kasih adalah bantuan yang disalurkan kepada isi rumah miskin bandar melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.⠀

Penerima yang layak akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.

Elaun tersebut kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya.

Lokasi Pembelian

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti di:

Advertisement
Advertisement
  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Kedai-kedai runcit yang terpilih

Program PRIHATIN Kasih ini akan dilaksanakan berperingkat mengikut negeri dan bulan iaitu:

  • Selangor dan Kuala Lumpur: Julai hingga September 2021
  • Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, dan Terengganu: Ogos hingga Oktober 2021
  • Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak: September hingga November 2021; atau Oktober hingga Disember 2021 (akan dimaklumkan kemudian)

Semakan Kelayakan

Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan Captcha.
  3. Klik butang ‘Semak Status.’
  4. Keputusan kelayakan dipaparkan.
  5. Penerima yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka.
  6. Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, sila layari laman web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.