Kerajaan Negeri Lulus Bantuan Khas Kewangan RM2,500 Dikreditkan Pada Awal Januari Depan. Berikut Senarai Penerimanya

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Kewangan Khas RM2,500 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Bantuan Kewangan Khas RM2,500 & Senarai Penerima

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada 5,599 orang penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata bantuan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Tarikh Bayaran Bantuan

Bonus berkenaan akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada awal Januari dan minggu pertama April 2023.

Jumlah Bayaran

Satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi seperti maklumat berikut:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato’ Abdul Malek, 70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns@ns.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *