Syarat-syarat & Cara Memohon Geran Pelancaran RM2,700 ‘one-off’ untuk golongan B40
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah Geran Pelancaran sebanyak RM2,700 yang dibayar secara ‘one-off’ oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mereka yang layak.
Berikut adalah maklumat lebih teliti berkenaan bantuan kewangan ini: –
Objektif Utama Geran Pelancaran
Tujuan utama geran ini adalah bagi memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga.
Ia juga adalah bagi mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Permohonan ditutup bulan depan: Cara memohon Bantuan Kewangan SPZAS RM200 ‘one-off’
- Kerajaan lulus Bantuan Khas Kewangan RM2,500: Semak senarai penerima & tarikh pembayarannya
Cara Memohon
Seperti mana yang disebut di syarat-syarat kelayakan, permohonan Geran Pelancaran adalah terbuka kepada kumpulan sasar JKM.
Ini bermakna, bantuan ini hanya boleh dimohon oleh mereka yang telah sedia ada menerima bantuan bulanan JKM.
Oleh hal demikian, kepada mereka yang bukan penerima bantuan sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
Sekiranya layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan.
Permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Maklumat lebih teliti berkenaannya boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM DI SINI.