Pembayaran Bantuan RISDA RM300 akan disalurkan pada bulan ini: Berikut cara membuat semakan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) oleh RISDA kepada mereka yang berkelayakan di bawah Bajet 2022.

Ini adalah penerangan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan BMT RISDA

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Semak Kelulusan

Permohonan BMT telah dibuka bermula pada 05 Mei sehingga 15 September 2022. Manakala, tempoh rayuan pula ditetapkan dari 16 September sehingga 31 Oktober 2022.

Berkenaan dengan jumlah bayaran BMT, ia melibatkan RM600 bagi setiap penerima, tetapi dibayar sebanyak dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022.

Setiap fasa akan melibatkan pembayaran dengan jumlah RM300 secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Bagi yang telah mengemukakan permohonan, semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Permohonan BMT.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, ia boleh dilihat di Portal Pekebun Kecil Makmur RISDA – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *