Kerajaan lulus Bantuan Khas Kewangan RM2,500: Semak senarai penerima & tarikh pembayarannya

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) oleh pihak Kerajaan -Kerajaan Negeri dengan jumlah tertentu menjelang pembentangan Belanjawan masing-masing.

Ia termasuklah apabila Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 ketika membentang Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2023.

Penerima Bantuan Khas

Dimaklumkan bahawa BKK ini akan diberikan kepada  5,599 orang penjawat awam di negeri berkenaan.

Bantuan itu diperkenalkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Advertisement

Baca juga:

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKK, ia akan dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada awal Januari dan minggu pertama April 2023.

Dalam masa sama, Belanjawan Negeri Sembilan 2023 juga memberikan fokus kepada sembilan bidang iaitu Jaminan Bekalan Makanan, Ekonomi Rakyat, Pendidikan, Kebajikan, Pemerkasaan Komuniti, Belia dan Wanita, Kerohanian dan Agama, Adat dan Pelancongan dan Pentadbiran.

Sebanyak 64 inisiatif yang membabitkan peruntukan RM107 juta akan dilaksanakan dalam belanjawan untuk negeri ini.

Untuk makluman, 42 inisiatif sedia ada dikekalkan atau ditambah baik, manakala 22 inisiatif baharu akan diperkenalkan.

Sumber: BH Online.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *