Khas untuk dari keluarga B40: Ini syarat-syarat & cara memohon Bantuan BKPKK RM3,600 setahun
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK). Bantuan ini pada asasnya bertujuan untuk membantu pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan.
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:
Kadar Bantuan
BKPKK melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM300/sebulan untuk dua semester pengajian dengan jumlah keseluruhan RM3,600 (RM1,800 satu semester).
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
- Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BKPKK boleh dibuat melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
Dimaklumkan juga bahawa pelajar yang layak bagi menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.
Jika pelajar berkenaan tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, makanya pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.
Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) DI SINI.