Permohonan dibuka mulai 18 Sept 2022: Ini cara memohon Bantuan Kewangan i-Belia RM150 ‘one-off’

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai i-Belia berjumlah RM150 yang diberikan secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak kelahiran Terengganu berusia 18 hingga 39 tahun;
  • Belia dan mahasiswa yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta;
  • Permohonan turut dibuka kepada perantau yang berusia 18 hingga 39 tahun, dilahirkan dan pengundi berdaftar di Terengganu serta bukan kakitangan Kerajaan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Menurut Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah i-Belia membabitkan peruntukan RM20.3 juta.

Advertisement
Advertisement

Berkenaan dengan tarikh mula permohonan, ia telahpun dibuka mulai 18 September 2022 dan akan ditutup pada 6 Oktober 2022.

Kepada mereka yang diluluskan permohonan mereka, pembayaran bantuan kewangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 30 Oktober sehingga 30 November 2022.

Untuk urusan permohonan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di mana pemohon hendaklah memiliki dan mengemas kini maklumat dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20), selain memenuhi syarat gaji bagi pemohon yang bekerja.

Maklumat lengkap berkenaan i-Belia boleh didapati melalui portal rasmi iBantuan Terengganu DI SINI.

Sumber: BH Online.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *