Permohonan dibuka sepanjang tahun: Bantuan RM350 setiap bulan untuk keluarga B40

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Salah satunya termasuklah sebuah Bantuan Kerajaan RM350 yang dibayar secara bulanan.

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Objektif asal bantuan am ini adalah untuk diberikan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar asal bantuan ini adalah sebanyak minimum RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Jumlah ini bergantung kepada kelayakan setiap pemohon seperti mana yang akan dinilai oleh pihak JKM.

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Kerajaan RM350

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Baca juga:

Cara Memohon

Bantuan Am Persekutuan boleh dimohon melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat oleh mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Bagi maklumat lebih terperinci berkenaan bantuan ini, sila teliti di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *