Bayaran BKM Fasa 4 RM100-RM900 Dipercepatkan 15 November Ini. Berikut Senarai Penerima
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di bawah Belanjawan 2022 yang diberikan kepada rakyat Malaysia berkelayakan dari kalangan B40 dan M40.
Untuk tahun ini, nampaknya hanya tinggal pembayaran untuk Fasa 4 yang juga merupakan fasa terakhir BKM 2022. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini.
Tarikh Bayaran
Kerajaan bersetuju mempercepatkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Empat bermula 15 November sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.
Maklumat lanjut: https://www.astroawani.com/video-malaysia/bkm-bkm-fasa-4-dipercepatkan-bermula-15-november-1996084
Jumlah Bayaran BKM Fasa 4
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM5,000
- BKM Fasa 4: RM150
Untuk maklumat lengkap berkenaan BKM, sila teliti di portal rasmi BKM – DI SINI.