Ini Bantuan Tunai RM350-RM2,000 Yang Akan Dikreditkan Kepada Yang Berpendapatan RM5,000 Ke Bawah. Berikut Cara Memohon

Bantuan tunai merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan. Melalui Belanjawan 2024 pula, lebih banyak berita baik untuk kategori B40 dan mereka yang berpendapatan isi rumah RM5,000 & ke bawah.

Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan:

Senarai Penerima Yang Layak

  1. Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,500 atau kurang
  2. Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,501 – RM5,000
  3. Warga Emas Bujang
  4. Bujang Berpendapatan RM2,500 atau kurang

Jumlah Bantuan Bagi Setiap Kategori

Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,500 atau kurang

  • Bilangan anak 0: RM1,000
  • Bilangan 1-2: RM1,500
  • Bilangan anak 3-4: RM2,000
  • Bilangan anak lebih 5: RM2,500

Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan 1-2: RM750
  • Bilangan anak 3-4: RM1,000
  • Bilangan anak lebih 5: RM1,250

Warga Emas Bujang: RM600

Bujang Berpendapatan RM2,500 atau kurang: RM350

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pemberian STR 2024 akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa negara ini. Pihak Kerajaan juga meningkatkan peruntukan STR 2024 kepada RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Advertisement
Advertisement

Bayaran pertama STR untuk isi rumah tahun hadapan juga dinaikkan kepada RM500. Bagi pembayaran pertama STR 2024, ia akan dibuat sebelum Ramadan atau bulan Februari tahun hadapan.

Tempoh Permohonan

Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 1 NOVEMBER 2023
 Kaedah Permohonan :

Nota:
i. Lokaliti / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
ii. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) *tertakluk kepada pindaan
iii. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
iv. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *