Bantuan Khas Kewangan RM2,000 Dikreditkan Mac Ini. Berikut Senarai Kategori Penerima & Syarat Kelayakan
Bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri merupakan dua musim yang sangat ditunggu rakyat Malaysia. Ini kerana semua berpeluang untuk mengisi masa bersama keluarga dan sanak-saudara yang tersayang.
Oleh itu, bantuan kewangan sangat diperlukan bagi sesetengah pihak untuk memenuhi dua musim ini. Pihak kerajaan/negeri sangat prihatin dengan keadaan begini. Oleh itu, terdapat bantuan/insentif/bonus yang disediakan bagi kumpulan tertentu agar memberi kegembiraan kepada mereka.
Bantuan Khas RM2,000
Bantuan Khas RM2,000 merupakan pemberian Bantuan Khas Kewangan bagi tahun ini adari Kerajaan Negeri Terengganu.
Senarai Penerima Bantuan
Bantuan khas itu diberikan kepada lebih 14,457 penjawat awam negeri dengan peruntukan sekitar RM28.9 juta. Pemberian Bantuan Khas Kewangan itu adalah selaras dengan pelaksaan Kerajaan Pusat yang memberi sumbangan dengan nilai sama.
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri, bantuan itu akan disalurkan pada bulan Mac 2024 kepada semua penerima yang layak.
Apa yang pasti ia tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan dikreditkan secara terus ke akaun penerima.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bantuan-Bantuan Lain Dari Kerajaan Terengganu
Di bawah Belanjawan 2024 Terengganu – Kerajaan Negeri turut menambahbaik dan meneruskan pelbagai program sedia seperti:
- Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera
- Wad Kelas Tiga Percuma
- Kad Sejahtera
- Pengecualian cukai pintu, air percuma
- Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang
- Walimatul Urus Perdana, Bantuan Input Pertanian
- Skim Bantuan Modal Tani
- Tabung Bencana Pertanian
- Tabung Darul Iman.
Bagi institusi kekeluargaan pula akan dimantapkan menerusi penganjuran Karnival Keluargaku Syurgaku (K-Jannati), program Kem Keibubapaan Hebat (KEMAH 2024) dengan kerjasama LPPKN, program pasca perkahwinan, perkhidmatan sokongan psikososial dan kesihatan mental.
Khusus untuk golongan wanita pula, pelbagai program pembangunan wanita akan dilaksanakan di samping program pemeriksaan mamogram dan pap smear secara percuma akan diteruskan,” petikan ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketiak membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Terengganu, pada November tahun lalu.
Bagi maklumat lengkap Belanjawan Negeri Terengganu 2024, sila rujuk di Portal Rasmi Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu – DI SINI.
Kaedah Cara Buat Permohonan Ibantuan Terengganu
- Sila layari laman web rasmi Sistem Agihan Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu, klik pada pautan di bawah: https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/
- Langkah seterusnya, Pemohon boleh memuat turun manual permohonan dengan menekan ikon “Cara Mohon”