Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM300 dibayar tidak lama lagi: Ini tarikh pembayaran & senarai penerima

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Tujuan bantuan-bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban kewangan mereka di masa-masa tertentu, khususnya di musim perayaan.

Salah satunya termasuklah bantuan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan di sambut tidak lama lagi. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM300

Baru-baru ini, pihak Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Bantuan ini akan diberikan kepada peneroka FELDA yang berpendapatan RM1,000 ke bawah. Ia akan dibayar kepada setiap peneroka di 317 tanah rancangan FELDA seluruh negara yang menepati syarat-syarat kelayakan ditetapkan.

Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan juga akan menangguhan potongan hutang (tidak termasuk Kos Operasi Ladang) untuk hasil bulan Mac untuk peneroka berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000.

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dipastikan tidak ada keciciran penerima.

Kementerian turut meluluskan projek membina jalan dari Felda Trolak Selatan ke Pekan Trolak, Muallim, Perak pada tahun lepas dengan kos RM35 juta.

“Projek di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB) ini sedang dalam peringkat reka bentuk dan dijangka ditender pada Oktober 2024. Skop projek ini adalah membina jalan sepanjang 2.3km dengan spesifikasi JKR R1.

“Agensi pelaksana projek ini adalah Jabatan Kerja Raya dan bakal memberi manfaat kepada penduduk di Felda Trolak dengan menjimatkan masa perjalanan ke pekan Trolak dari 30 minit kepada 10 minit sahaja,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Program Iftar Majlis Santunan Kasih Ramadan di MRSM Felda.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, ketika ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada para penjawat awam negeri dengan kadar k setengah bulan gaji atau bayaran minimum RM1,200.

Bantuan sebanyak RM300 juga diberikan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR) di Pulau Pinang.

Malah, kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) selain guru tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang juga layak menerimanya.

Bantuan khas dari kerajaan negeri Pulau Pinang ini telah pun mula dikreditkan kepada yang layak pada 15 Mac lalu.

Seterusnya adalah Kerajaan Negeri Perak yang akan memberikan Bantuan Khas Kewangan Raya dengan kadar sebanyak RM1,000 kepada para penjawat awam negeri berkenaan dan ketua-ketua kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *