Cara mendaftar bantuan khas RM480 untuk golongan suri rumah B40

Salah satu insentif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah insentif i-Suri.

I-Suri pada asasnya adalah sebuah insentif yang membolehkan golongan suri rumah untuk mencarum di KWSP. Ia juga bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan i-Suri: –

Faedah-faedah i-Suri

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,5000

*tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Advertisement
    Advertisement
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Cara Mendaftar

Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, pendaftaran i-Suri boleh dibuat di mana-mana kaunter atau kios cawangan KWSP berhampiran.

Berkenaan dengan caruman i-Suri, ia boleh dibuat dengan beberapa cara seperti berikut:

 

  • Perbankan internet
  • Kaunter ejen bank
  • Ejen bank berdaftar
  • Kaunter KWSP

Maklumat terperinci dan lengkap berkenaan i-Suri boleh dilihat – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *