BKM Fasa 1 akan dibayar pada 28 Mac ini: Jumlah bayaran bakal diterima & cara semak kelulusan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan kewangan kerajaan yang lebih bersasar untuk meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Pada asasnya, bantuan di bawah Bajet 2022 ini diberikan kepada beberapa golongan penerima merangkumi kumpulan Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan dan Bujang berdasarkan kelayakan-kelayakan berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah Bayaran & Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – pembayaran BKM Fasa 1 akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM100 sehingga RM300

Advertisement
Advertisement
mengikut kelayakan khusus setiap kategori.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKM Fasa 1, ia akan dilaksanakan mulai 28 Mac sehingga 8 April 2022 secara berperingkat. Cara pembayaran pula akan dikreditkan terus ke akaun penerima atau kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank – boleh membuat penebusan di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pembayaran BKM Fasa 1 ini juga akan melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM2 bilion dengan merangkumi penerima 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas bujang ataupun tiada pasangan serta 3.4 juta individu bujang.

Cara Semak Kelulusan

Berkenaan dengan semakan kelulusan BKM, ia boleh mula dibuat pada 28 Mac ini melalui portal rasmi BKM – DI PAUTAN INI.

Manakala, cara membuat semakan itu boleh dilaksanakan dengan kaedah berikut:

  • Pergi portal rasmi BKM
  • Klik pada ‘Log Masuk BKM’
  • Isi ‘ID Pengguna’
  • Lakukan pegesahan kata kunci keselamatan
  • Isi ‘Kata Laluan’
  • Klik pada ‘Log Masuk’
  • Klik pada butang ‘Semakan Status’

Kepada yang permohonan BKM-nya tidak lulus, rayuan akan dibuka selama sebulan bermula pada 2 Mei 2022.

Bagi banyak lagi maklumat lanjut dan terperinci berkenaan BKM, sila lihat – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *