Berikut Merupakan Tarikh-Tarikh Penting Bantuan Kewangan Bagi Bulan Mac 2022

Bulan Mac 2022 akan melabuhkan tirainya tak lama lagi. Sedar atau tidak, masih ramai yang terus berjuang untuk mencari rezeki bagi menampung kos kehidupan diri sendiri dan juga keluarga.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Terdapat beberapa pakej bantuan yang telah diperkenalkan yang mungkin ramai terlepas pandang. Tidak perlu risau kerana pada bulan Mac ini terdapat beberapa bantuan yang akan disalurkan dan permohonan akan ditutup.

1) Bantuan Kewangan YBR RM1,000

Pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperkenalkan Bantuan Awal Pengajian. Ia adalah satu program membantu pelajar yang mahu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi ke IPTA atau IPTS dan memerlukan bantuan awal.

Bantuan ini adalah berbentuk ‘ONE OFF’ iaitu hanya diberikan sekali sahaja kepada pelajar yang layak. Terdapat kriteria yang harus dipenuhi oleh para pemohonan.

Syarat Kelayakan Memohon

  • Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
  • Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
  • Pemohon merupakan pelajar semester 1.
  • Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.

Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan berikut: KLIK SINI

Permohonan hanya diterima secara atas talian di pautan berikut dengan klik ‘daftar’: https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/bap-home

2) Bantuan Kewangan BPTAR RM300

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) adalah dikhususkan kepada pelajar yang berasal dari latar belakang kurang berkemampuan dan meliputi kos sara hidup untuk dua (2) semester (sepuluh bulan sahaja) bagi pelajar sepenuh masa program ijazah sarjana muda dari universiti awam di Malaysia.

Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.

Tarikh tutup permohonan 11:59PM, 31 MAC 2022

Berapakah Kadar Bantuan?

  • Yuran universiti: Penajaan penuh untuk yuran pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
  • Elaun bulanan: Elaun sara hidup sebanyak RM300 pada 10 bulan sepanjang pengajian.
  • Elaun tahunan: Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap pelajar. Elaun ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan termasuk pembelian alat tulis dan buku teks.
  • Elaun sekali sepanjang biasiswa: Elaun bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).

Syarat Asas Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.
  • Berlatar belakang keluarga miskin (B40) dengan pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.
  • Nota: Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon.
  • Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).

Cara Memohon Bantuan

Bagi mereka yang layak dan berminat, boleh memohon secara atas talian di pautan berikut: https://www.yayasantar.org.my/bm/mohon/https://www.yayasantar.org.my/bm/mohon/

3) Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM350-RM2,000

Berkenaan dengan bayaran BKM, ia akan dilaksanakan secara 4 fasa setahun dengan membabitkan jumlah-jumlah tertentu berdasarkan ketetapan setiap kategori.

Jadual pembayaran BKM mengikut bulan boleh dirujuk seperti di bawah:

  • Fasa 1 : Bantuan akan mula dikreditkan pada 28 Mac 2022
  • Fasa 2 : Jun 2022
  • Fasa 3 : September 2022
  • Fasa 4 : Disember 2022

Pembayaran BKM akan dilaksanakan dalam beberapa cara mengikut ketetapan semasa permohonan. Ia adalah seperti berikut:

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM;
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat;
  • Tuntutan Tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang berstatus gagal kredit atau tiada akaun bank.

4) Tarikh Diskaun Pembayaran PTPTN

Jika ingin menikmati diskaun-diskaun ini, pastikan anda melakukan bayaran dalam tempoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Pakej diskaun adalah seperti berikut:

  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman:
    Contoh jika baki hutang adalah RM10,000 dan peminjam memilih menghabiskan semua hutang tersebut. Maka, peminjam hanya perlu bayar RM8,500 sekaligus.
  • Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran:
    Contoh jika baki hutang adalah RM10,000 dan peminjam memilih menghabiskan separuh hutang tersebut iaitu RM5,000. Maka, peminjam hanya perlu bayar RM4,400.
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual:
    Contoh peminjam membayar melalui potongan gaji atau debit terus secara bulanan mengikut jadual sebanyak RM100 sebulan. Maka, anda hanya akan membayar sebanyak RM90 sebulan.

5) Bantuan Kewangan BAP Untuk Murid Tahun Satu

Jumlah BAP juga dinaikkan kepada RM150 dari RM100 pada sebelumnya. Bantuan ini diharapkan dapat membantu ibu pada dalam usaha meringankan beban mereka menyediakan persiapan persekolahan anak-anak.

Berdasarkan kenyataan media dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pembayaran BAP bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pembayaran BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

Cara Pembayaran

Bantuan ini akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

Pihak sekolah kemudiannya akan menyalurkan bantuan ini ke akaun bank murid yang layak atau secara tunai kepada murid yang tidak mempunyai akaun bank.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *