Pendapatan bawah RM5,000: Permohonan bantuan RM1,000 HPIPT dibuka sehingga 31 Mac 2022

Bagi membantu mereka yang mereka yang memerlukan, pihak kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor.

Melalui HPIPT, anak – anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah dan melanjutkan pendidikan ke InstitutPengajian Tinggi Awam (IPTA) dan InstitutPengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan untuk menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000/seorang.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan HPIPT:-

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama;
  • Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
  • Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian;
  • Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Advertisement
    Advertisement
  • Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah.

Dimaklumkan juga bahawa bagi mereka yang melanjutkan pendidikan ke Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI) / Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Pengajian Luar Kampus (PLK) adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.

Cara Memohon

Kepada yang ingin memohon, permohonan HPIPT hendaklah dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Pemohon selepas itu diminta untuk mencetak borang yang lengkap diisi untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.

Ia kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang dinyatakan – DI SINI.

Salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTS dan dokumen-dokumen yang dilampirkan seterusnya hendaklah dihantar ke alamat:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam

Tarikh tutup permohonan HPIPT pada 31 MAC 2022, KHAMIS.

Untuk penjelasan lanjut dan lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk – DI SINI.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *