Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dikreditkan kepada B40: Ini senarai penerima RM1,200

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR pada asasnya merupakan bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40 berkelayakan.

Bantuan ini juga adalah kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

STR Fasa 4 akan dibayar dengan kadar antara RM200 hingga RM1,200 kepada mereka yang diluluskan permohonannya. Berikut adalah senarai penerima dan jumlah bayarannya.

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan jadual asal, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023. Namun begitu, tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan pihak Kerajaan.

Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun bank penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *