Peniaga kecil berdaftar SSM/PBT/LHDN boleh mohon RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin 4.0
Geran Khas Prihatin (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
GKP 4.0 adalah Geran Khas Prihatin bantuan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana.
Golongan yang layak menerima GKP 4.0 adalah seperti berikut:
- Penerima GKP 1,0, 2.0 dan 3,0
- Pemohon baru GKP 4.0
Syarat Permohonan GKP. 4.0
Bagi Permohonan baharu GKP 4.0, anda;
- Bukan penerima GKP sebelum ini.
- Warganegara Malaysia
- Menjalankan PKS
- Pendapatan kurang dari RM300,000 setahun.
- Berdaftar dengan PBT, SSM, atau LHDN.
- Masih aktif menjalankan perniagaan.
Permohonan Baru GKP 4.0
Permohonan boleh mula dibuat pada 15 Julai 2021 pada pautan https://gkp.hasil.gov.my
Tarikh tutup permohonan GKP ini adalah pada 31 Julai 2021.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran GKP akan dilakukan mengikut ketatapan berikut:
- September – RM500
- November – RM500