Permohonan Dibuka Bagi Program Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Selama 3 Bulan
Program PRIHATIN Kasih adalah bantuan yang disalurkan kepada isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad yang dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
Program ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang sangat terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dengan peruntukkan sebanyak RM100 juta, program ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.
Manfaat Program PRIHATIN Kasih
- RM100 sebulan akan diberikan sebanyak 3 bulan untuk penerima yang layak
- Bayaran akan dikreditkan ke akaun MyKad penerima
- Anda boleh digunakan untuk membeli barang keperluan seperti makanan tin, beras, minyak masak, telur & banyak lagi.
Baca Juga :KITA Selangor 2.0: Permohonan ANIS Bantuan Khas OKU RM500
Lokasi Pembelian Bantuan Makanan
Penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan di 300 lebih lokasi pasar raya dan kedai seluruh Malaysia seperti dibawah:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- Dan kedai runcit terpilih
Jadual Bulan Pelaksanaan
Julai – September 2021
- Selangor
- Kuala Lumpur
Ogos – Oktober 2021
- Kelantan
- Johor
- Pulau Pinang
- Kedah
- Perlis
- Perak
- Melaka
- Terengganu
September – November 2021 / Oktober – Disember 2021 (akan dimaklumkan nanti)
- Negeri Sembilan
- Labuan
- Pahang
- Putrajaya
- Sabah
- Sarawak
Semakan Kelayakan
Berikut cara bagi menyemak kelayakan Program PRIHATIN Kasih:
- Anda boleh buka laman web My Kasih di https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
- Masukkan No Kad Pengenalan anda dan Captcha yang disediakan
- Klik pada “Semak Status”
- Keputusan kelayakan akan dipaparkan di skrin
- Penerima akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka
- Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan
Maklumat Lanjut
Sebarang permasalahan & pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih boleh rujuk soalan lazim dibawah:
Soalan Lazim anda boleh rujuk di https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/faq_bm.aspx?lang=ms-MY