Permohonan ditutup bulan depan: Cara memohon Bantuan Kewangan SPZAS RM200 ‘one-off’
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Rendah & Menengah (SPZAS Ren & Men)
Program ini pada asasnya bertujuan bagi meringankan beban kos pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah pada tahun 2022. Berikut adalah maklumat lengkap berkenaan sumbangan kewangan ini: –
Kadar Sumbangan
Kadar sumbangan di bawah SPZAS Ren & Men adalah sebanyak RM200 secara ‘one-off’ pertanggungan.
Ia merangkumi tanggungan anak-anak yang bersekolah di peringkat Pra-Sekolah/Tadika; Sekolah Rendah Kebangsaan; Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah.
Syarat-syarat Kelayakan
- Beragama Islam;
- Warganegara Malaysia;
- Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun;
- Pra sekolah / Tadika (umur 5-6 tahun sahaja);
- Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama (umur 7-12 tahun sahaja);
- Sekolah Menengah (13-18 tahun) SMK/SAM/MRSM/SBP/STAM/STPM di dalam dan di luar negeri Selangor;
- Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan sumbangan kewangan ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui Sistem Permohonan SPZAS Lembaga Zakat Selangor.
Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang dinyarakan di hebahan rasmi SPZAS.
Maklumat lebih teliti berkenaannya boleh dirujuk di Portal Rasmi LZS DI SINI, manakala permohonan pula boleh dibuat DI SINI.