RM600 Dikreditkan Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Bantuan Kebajikan BWE
Golongan warga emas merupakan antara aset paling berharga dalam masyarakat. Mereka adalah ibu bapa, datuk, dan nenek yang telah banyak pengalaman, mencurahkan tenaga dalam membentuk generasi hari ini. Namun, seiring peningkatan usia, mereka juga berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk kesihatan yang semakin merosot, kos sara hidup yang meningkat, dan kekangan dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan kesejahteraan mereka terjamin.
Dalam era moden ini, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi menyokong golongan warga emas, termasuk bantuan kewangan, kemudahan perubatan, serta program kebajikan yang memberi manfaat kepada kehidupan mereka. Kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) turut memainkan peranan penting dalam menyediakan insentif dan perlindungan sosial bagi memastikan warga emas dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan bermaruah.
Selain aspek kewangan dan kesihatan, kesejahteraan mental dan emosi warga emas juga tidak boleh diabaikan. Sokongan daripada keluarga, masyarakat, serta kemudahan rekreasi yang sesuai amat diperlukan bagi memastikan mereka terus aktif dan menikmati kehidupan. Penglibatan dalam aktiviti sosial juga dapat mengurangkan rasa kesunyian serta meningkatkan kualiti hidup mereka.
Sebagai masyarakat yang prihatin, kita semua mempunyai peranan dalam menghargai dan melindungi warga emas. Sama ada melalui sokongan emosi, bantuan fizikal, atau sekadar meluangkan masa bersama mereka, setiap usaha kecil mampu memberikan impak besar dalam kehidupan mereka. Dengan pendekatan yang betul, kita dapat memastikan golongan ini terus dihormati, dihargai, dan menikmati kehidupan yang sejahtera di usia senja.
Oleh hal demikian, terdapat sebuah bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan – dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE). Ini adalah maklumat lanjut tentang bantuan kebajikan ini.
Bantuan Warga Emas (BWE)
Bantuan Warga Emas atau BWE merupakan sebuah bantuan bulanan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bantuan ini diberikan kepada warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Bermula pada tahun 2025, kadar bantuan ini dinaikkan kepada RM600 setiap bulan, berbanding RM500 setiap bulan sebelum ini. Perkara itu diumumkan di bawah Belanjawan 2025:
“…melalui peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM2.9 bilion; ketimbang RM2.4 bilion. Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan. Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan ketimbang RM500 sebulan,” petikan dari ucapan pembentangan Belanjawan 2025.
Syarat-Syarat Kelayakan BWE
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
Cara Memohon
Kepada yang ingin memohon bantuan ini, permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Bantuan JKM secara lengkap. Permohonan perlu dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan berkenaan bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Info terperinci tentang bantuan – bantuan kebajikan di bawah JKM, boleh dilihat dan dirujuk di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – DI SINI.