Kerajaan Negeri Lulus Bantuan Khas RM1,500 Yang Dikreditkan Pada Disember Ini. Berikut Senarai Penerima

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Khas RM1,500 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Bantuan Khas RM1,500 & Senarai Penerima

Kerajaan negeri Kedah bersetuju memberikan bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500 bagi setiap seorang kakitangan awam negeri dan anggota pentadbiran negeri sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Bajet Kedah 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad berkata, bantuan khas kewangan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM8 juta yang akan dibayar pada Disember nanti.

Advertisement
Advertisement

Tarikh Bayaran

Disember 2022

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi berdasarkan maklumat berikut:

Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 4 Blok B, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman,
Malaysia

+604-702 7000
+604-702 8400

Info Bajet Kedah 2023

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membentangkan Bajet 2023 berjumlah RM1.059 billion dengan jangkaan defisit 14.17 peratus atau RM104.12 juta.

Menurutnya, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan perbelanjaan mengurus berjumlah RM839.12 juta dengan RM104.04 juta daripada jumlah itu adalah sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *