Kementerian Umum Bayaran Bantuan Kewangan BMT RM800 Dipercepatkan November Ini. Berikut Senarai Penerimanya

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan tersebut adalah bantuan BMT yang dinaikkan yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Kadar Bantuan BMT

Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini sebanyak RM800 akan disalurkan masing-masing RM200 menerusi empat peringkat (bulan)

Tarikh Bayaran

November hingga Februari tahun depan kepada pekebun dan penoreh getah

Senarai Penerima

Terdapat dua kategori dengan syarat kelayakan yang berbeza. Berikut adalah penerangannya secara lebih terperinci:

1. Syarat Kelayakan Bagi Pekebun Kecil RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

2. Syarat Kelayakan Bagi Penoreh Bukan PemilikĀ 

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Cara Semakan

Untuk semakan, penerima boleh memasukkan nombor kad pengenalan di pautan berikut: https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *