Bantuan Khas RM300 telah mula dikreditkan: Senarai penerima yang layak & cara semak
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah Bantuan Khas Penghargaan (BKP).
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan Khas Penghargaan
Bantuan Khas Penghargaan (BKP) adalah sebuah bantuan kewangan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Bantuan ini akan melibatkan kadar sebanyak RM300 dan RM200 kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah penerimanya:
- Bantuan RM300: Diberikan kepada para pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak.
- Bantuan RM200: Diberikan kepada semua pesara Kerajaan, termasuk para pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk makluman, pegawai Personel MySTEP juga layak menerima BKP ini dengan syarat telah dilantik sebelum 10 Ogos 2023 dan masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023 serta tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurangkurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
Pembayaran Bantuan Khas Penghargaan
Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat kepada yang layak pada 10 Ogos 2023. Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi JPA – DI SINI.