Pada Tarikh Berikut, Penerima BPR, BKC & GKP Perlu Kemaskini Maklumat Untuk Bantuan Seterusnya
Pelbagai bantuan kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menerimanya. Untuk tahun 2022, pakej-pakej bantuan akan diteruskan agar rakyat yang susah dapat terus hidup sebaiknya.
Untuk maklumat semua, penerima BPR 2021, BKC B40 & GKP perlu mengambil perhatian beberapa pekara agar urusan anda untuk mendapatkan bantuan menjadi mudah.
Sebulan disediakan untuk anda kemaskini data
Seperti diterangkan di LHDN Malaysia, bagi mereka yang sebelum ini menerima bantuan, para pemohon perlu peka dengan tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan).
Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Adakah anda perlu membuat permohonan BKM?
Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk diverifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Kaedah Pembayaran BKM
Terdapat beberapa kaedah pembayaran akan dilakukan:
- Bagi yang mempunyai akaun bank dan berjaya kredit, pemabayran akan dikreditkan ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya
tiada pengemaskinian maklumat dibuat. - Bagi yang mempunyai akaun bank dan gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup), tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
- Bagi yang tiada akaun bank, tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Bilakah tarikh pembayaran BKM akan dibuat?
Tarikh pembayaran BKM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa