
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan.
Bantuan-bantuan dan inisiatif ini dibuat bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan berdasarkan tujuan serta kumpulan sasar tertentu.
Salah satunya termasuklah Bantuan Sara Diri kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:-
Bantuan Sara Diri
Bantuan Sara Diri ini pada asasnya diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan kadar sebanyak RM500 hingga RM2,000.
Bantuan ini nanti akan diberikan kepada mahasiswa sepenuh masa semester kedua dan ke atas bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Kelayakan Malaysia.
Syarat-syarat Kelayakan
- Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau
- Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun;
- Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
- Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini;
- Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon;
- Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok);
- Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas;
- Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan;
- Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan Bantuan Sara Diri, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi EHEYNS.
Dimaklumkan juga bahawa Bantuan Sara Diri ini terbahagi kepada dua fasa iaitu pertama akan dibuka sehingga 10 Mac 2023, dan fasa kedua pula pada Ogos atau September ini.
Maklumat lebih teliti berkenaannya dan permohonan, ia boleh dirujuk di portal rasminya DI SINI.
