Perdana Menteri umum Kredit e-Tunai RM200 bawah Belanjawan 2023: Ini mereka yang layak

Setiap tahun, kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat.

Untuk Belanjawan 2023 memperuntuk RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion ringgit bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Merangkumi peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Bantuan e-Wallet / e-Tunai

Melalui Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan Kredit E-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 dengan peruntukan RM400 juta.

E-tunai ini akan diberikan kepada para belia yang berusia antara 18 hingga 20 tahun sebagai usaha meringankan perbelanjaan harian mereka.

Berkenaan dengan tarikh pelaksanaan, kaedah penebusan dan sebagainya, ia akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa selepas Belanjawan 2023 diluluskan di Dewan Rakyat.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memberikan bantuan dengan kerjasama BERNAS kepada pesawah padi dengan kadar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim.

“Saya sekali lagi ucap terima kasih dan penghargaan atas kesudian BERNAS untuk menyumbang sejumlah dana bagi membantu para pesawah miskin. Ini tentunya dapat membantu dan menambah keperluan hidup para pesawah,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *