Senarai Bantuan Untuk Golongan B40 & M40 Dalam Belanjawan 2023. Berikut Senarai Penuhnya

Setiap tahun, kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat. Bagi Belanjawan 2023 memperuntuk RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion ringgit untuk belanja mengurus, RM99 bilion ringgit bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan, berbanding RM71.6 bilion tahun sebelumnya. Beberapa bantuan telah diumumkan bagi membantu golongan B40 dan M40 dengan caranya yang tersendiri.

Senarai Bantuan Untuk B40 Dalam Belanjawan 2023

Kerajaan telah menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1.
Beberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR. Antaranya:

  • Isi rumah pendapatan kurang RM2,500, layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan
    anak.
  • Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan 600 ringgit kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.
  • Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100
  • Kepada 2 juta orang belia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta.

Kepada pesawah padi:

  • Kerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion.
  • Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240 ribu pesawah dengan peruntukanRM 228 juta.

Kepada pekebun kecil getah:

  • Bagi meningkatkan pendapatan minimum penoreh getah, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif
    Pengeluaran Getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan RM350 juta.
  • Kerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan. Ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta.

Untuk kesihatan:

  • Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perubatan Madani khusus untuk golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan
    pengamal perubatan am swasta sepertimana yang dilaksanakan Kerajaan Selangor. Sebanyak RM120 juta disediakan untuk tujuan ini.

Caruman KWSP:

Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit di dalam Akaun 1 mereka,
Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak 500 ringgit. Program ini akan memberi
manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir 1 billion ringgit.

Bantuan Untuk M40 Dalam Belanjawan 2023

Selama ini, golongan B40 sering diberikan pelbagai bentuk bantuan sementara kumpulan pertengahan, M40 menunjukkan kesabaran mereka meski terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam. Sukacita diumumkan, Kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu yang memberi lebih manfaat kepada mereka.

  • Bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak 2 peratus melibatkan banjaran lebih 35
    ribu hingga 100 ribu ringgit.
  • Pengurangan ini dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna
    sehingga 1,300 ringgit.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *