Salah satunya termasuklah inisiatif mySalam kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini:-
Bantuan Tambahan RM700
MySalam pada asasnya merupakan bantuan kewangan kepada golongan B40, khusus dalam perkara berkaitan kesihatan dan rawatan.
Manfaat utama inisiatif ini adalah bantuan kewangan sebanyak RM8,000 kepada secara ‘one-off’ kepada mereka yang didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Bantuan tambahannya pula adalah berbentuk elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dan kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023;
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang berumur antara 21 tahun dan 65 tahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan mySalam, tuntutan hospitalisasi boleh dibuat dengan cara berikut:
-
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
- Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Semakan kelayakannya turut boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi mySalam DI SINI dengan mengisi maklumat Nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.
Maklumat lebih teliti berkenaannya boleh dirujuk di portal rasminya DI SINI.