Bantuan RM500 setiap bulan untuk mereka berumur 60 tahun & ke atas: Ini cara memohon
Pada ketika ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan yang diperkenalkan: –
Bantuan RM500 untuk warga emas
Di bawah JKM, terdapat sebuah bantuan bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE). Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.
Jumlah bantuan ini adalah sebanyak RM500 dan dikreditkan setiap bulan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan diluluskan permohonannya.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat, pemohon atau wakil yang sah boleh membuat permohonan BWE di Pejabat Kebajikan Masyarakat berdekatan.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Setiap permohonan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Perkara itu bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dalam masa sama, pihak JKM juga ada memperkenalkan sebuah lagi bantuan bulanan yang dikenali sebagai Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).
Bantuan ini diberikan sebagai insentif untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Kadarnya adalah sebanyak RM450 sebulan seorang.
Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan-bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.