Pengambilan Jawatan Kosong Badan Berkanun Kerajaan Bagi Februari 2025: Gaji RM1,700 – RM2,100
Badan Berkanun Kerajaan, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong Badan Berkanun Kerajaan, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
- PERSONEL MYSTEP GRED 9 (PEGAWAI PEPERIKSAAN)
- Gaji: RM2,100/sebulan
- Kemudahan: Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP, dan PERKESO.
- PERSONEL MYSTEP GRED 1 (JURUTEKNIK KOMPUTER)
- Gaji: RM1,700/sebulan
- Kemudahan: Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP, dan PERKESO.
Syarat-Syarat Kelayakan
PERSONEL MYSTEP GRED 9 (PEGAWAI PEPERIKSAAN)
- Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Bahasa Inggeris atau Sains Tulen; dan
- Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PERSONEL MYSTEP GRED 1 (JURUTEKNIK KOMPUTER)
- Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
- Keutamaan kepada calon yang memiliki kelulusan sijil atau diploma dalam bidang teknologi sistem komputer dan rangkaian atau sistem pengurusan pengkalan data dan aplikasi sesawang atau juruteknik sistem komputer atau operasi sistem komputer atau perkhidmatan rangkaian komputer.
Fungsi Tugas
PERSONEL MYSTEP GRED 9 (PEGAWAI PEPERIKSAAN)
- Bertanggungjawab sebagai Pegawai Peperiksaan dalam subjek Bahasa Inggeris dan Sains.
PERSONEL MYSTEP GRED 1 (JURUTEKNIK KOMPUTER)
- Memberi sokongan teknikal ICT dalam kerja installation perisian (software) dan penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sitem e-Perjawatan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.
Tarikh tutup permohonan pada 12 Mac 2025.
Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya calon tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.
Info Tambahan
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu.
Penubuhan MPM juga bertujuan bagi merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan dasar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat pendidikan prauniversiti, iaitu tingkatan enam.
Visi MPM adalah untuk menjadi badan pentaksiran yang menjanakan pentaksiran jitu yang dapat mengukur potensi seseorang insan secara holistik bersesuaian dengan nilai dan norma murni sejagat menjelang tahun 2025.
Misi MPM pula adalah untuk membangunkan dan mengurus pelbagai bentuk pentaksiran yang menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berwibawa, versatil, dan berdaya maju.
Berikut adalah senarai objektif MPM:
- Menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan dan spesifikasi ujian yang lengkap dan sesuai bagi peperiksaan/ujian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Malaysian University English Test (MUET), dan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW).
- Mendaftarkan calon bagi peperiksaan/ujian STPM, MUET, dan SKBMW dengan cekap.
- Menyediakan kertas peperiksaan/ujian yang jitu, sah, boleh dipercayai, saksama, dan adil bagi peperiksaan/ujian STPM, MUET, SKBMW, psikometrik, dan ikhtisas dengan cekap dan adil.
- Mentadbirkan peperiksaan/ujian STPM, MUET, SKBMW, psikometrik, dan ikhtisas dengan cekap dan adil.
- Mengeluarkan keputusan peperiksaan/ujian STPM, MUET, SKBMW, psikometrik, dan ikhtisas yang standardnya diiktiraf oleh institusi penerima lulusan.