Bantuan Wang RM350-RM700 Dikreditkan Bermula 14 April Ini. Berikut Senarai Semak Penerima Yang Layak

Hari Raya Aidilfitri akan menjelma tidak lama lagi. Pastinya tahun ini merupakan sambutan hari raya yang meriah setelah beberapa tahun kita raya dalam keadaan yang kurang sempurna akibat PKP.

Bantuan kewangan amat penting kepada mereka yang memerlukan ketika ini. Kerajaan telah mengumumkan bahawa Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 akan disalurkan tidak lama lagi.

Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan kepada mereka yang layak supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

Jumlah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023

Seperti yang diumumkan, berikut adalah jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM700 & RM350

Advertisement

Tarikh Bayaran

Tarikh bayaran bantuan telah diawalkan dari 17 April menjadi 14 April.

Advertisement

Senarai Penerima Tambahan

Bantuan ini akan disalurkan kepada kategori berikut:

  1. Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak.
  2. Pesara perkhidmatan awam esara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Objektif Bantuan Aidilfitri

BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada maklumat berikut:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: +603 8091 9000

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *